free counters

Sistem Pengurusan Sekolah

Untuk paparan dan fungsi terbaik sila gunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280 x 1024 pixel
Info Sekolah
Sejarah Sekolah

Ditubuhkan pada tahun 1888 dengan nama Sekolah Melayu Lelaki Sungai Siakap.
Bangunannya hanya diperbuat daripada kayu , berdindingkan pelepah kelapa dan
berlantaikan tanah.

Pada tahun 1904 Sekolah Melayu Perempuan Sungai Siakap ditubuhkan. Lima puluh dua
tahun selepas itu , iaitu pada tahun 1956 kedua-dua sekolah ini telah disatukan dan diberi
nama Sekolah Umum Sungai Siakap.

Dalam tahun 1980 sebuah bangunan baru tiga tingkat telah dibina dan dirasmikan oleh oleh
wakil YAB Menteri Besar Perak, Encik Khalid bin Nasir. Sekolah Umum Sungai Siakap
juga telah berubah  nama kepada Sekolah Kebangsaan Sri Siakap.

Pada sambutan perayaan Jubli Emas sekolah ini , iaitu pada tahun 1988, dua buah
bangunan tiga tingkat telah didirikan dan seterusnya dirasmikan oleh Yang Berhormat
Saudara Anwar Ibrahim yang ketika itu menyandang jawatan Menteri Pelajaran Malaysia.

                                                               ...........

Visi Sekolah

Pendidikan Berkualiti Sekolah Unggul Murid Holistik


                                                               ...........


Misi Sekolah

Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Melahirkan
Bagi Melahirkan Murid Kalis Masa Depan


                                                               ...........


Falsafah Sekolah


Mendidik setiap insan supaya perkembangan dirinya seimbang melalui pertumbuhan
jasmani, emosi, moral dan estetika yang ada padanya untuk menjadi rakyat Malaysia yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.

Untuk mencapai falsafah tersebut maka prinsip-prinsip di bawah menjadi pegangan:

1. Bersepadu ke arah pencapaian bermutu,
2. Mentaati tatasusila profesion perguruan,
3. Memahami insan boleh dididik,
4. Memahami alam sekitar boleh mempengaruhi dan
5. Segala usaha ditumpukan kepada murid.